Saturday, January 2, 2010

Apa Itu Lampin Moden (Cloth Diaper)?


Lampin Moden (Cloth Diaper)ialah lampin yang bermeterialkan sepenuhnya dari kain dan boleh dicuci. Terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu;



Bahagian-Bahagian Lampin Moden Jenis Berpoket

1. Bahagian luar ialah kain jenis PUL (Polyurethene Laminate) – permukaan tidak bocor
2. Bahagian dalam ialah kain jenis microfleece permukaan yang bersentuhan dengan kulit bayi dan bayi akan sentiasa berasa kering
3. Bahagian dalam (insert) kain jenis microfiber/bamboo yang menyerap air kencing

Lampin Moden boleh dilaraskan kepada saiz S,M,L seperti di dalam gambar. Jadi lampin ini boleh dipakai semenjak BAYI!

Anda tahu mengapa anak anda perlu dipakaikan dengan Lampin Moden (Cloth Diaper)? 1. Lebih Jimat - berbanding lampin pakai buang. Dapat digunakan berulangkali sehingga anak “potty”. Jom buat kira-kira : Kalau guna lampin pakai buang : Andai kata.. lampin pakai buang sekeping = RM 0.40 (Ni kira paling murah di pasaran la ni..) 6 keping (sehari) x RM 0.40 = RM 2.40 2190 keping (setahun) x RM 0.40 = RM 876.00 6570 keping (3 tahun) x RM 0.40 = RM 2628.00 Kalau guna lampin moden : Untuk pemakaian Eksklusif lebih kurang 15helai.. Sehelai = RM40.00 (Purata harga di pasaran) 15 helai x RM 40.00 = RM 600.00 sekali beli je ni... Moh tengok perbezaan die.. Kos Lampin Pakai Buang - Lampin Moden (Yang boleh basuh dan guna semula) RM 2628.00 - RM 600.00 = RM 2028.00 Ha.. tgk tu.. bpe banyak boleh kita jimat.. Klu penjagaan lampin moden yang betul.. anak yang seterusnya pun boleh guna lagi.. uii.. betul2 jimat ni.. 2. Lebih Sihat - tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya seperti yang terkandung di dalam lampin pakai buang. No Nappy Rashes. Takkan la tak kesian tengok anak kena ruam.. habis merah2 yang kat bawah tu.. Nak cuci pun sakit kan.. kalau guna lampin pakai buang yang murah, lagi la mudah kena ruam.. 3. Mesra Alam - lampin pakai buang mengambil masa 500 tahun untuk terurai.Dengan cloth diaper ia adalah environmental friendly. Save our Healthy Earth for our next generation. Sehari kalau kita tengok kat dalam bakul sampah rumah kita tu penuh dengan sampah diapers anak kita je kan.. Tu sehari.. klu smpai tiga tahun.. dh jadi brapa banyak dah.. lgpun bukan anak kita sorang je yg guna diapers... uii.. klu campur2 smua anak2 dalam dunia yg pakai diapers.. tak lama lagi kita tinggal dalam timbunan sampah diapers je la.. tak sanggup i.. 4. Fesyen terbaru - semua ibu2 bijak telah bertukar kepada Lampin Moden ini. Cute, cantik, jimat dan mudah digunakan. Tak payah dah nak cari seluar dalam untuk anak... mudah kan..

No comments:

Post a Comment