Monday, January 18, 2010

Pad / Pantyliner Kain (Cloth Pad / Pantyliner)


KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN PAD / PANTYLINER KAIN

Mesti ramai yang tak kuasa nak guna pad / pantyliner kain kan.. Yelah.. Mesti ramai yang terpikir pad / pantyliner kain ni macam masa zaman nenek moyang kita dulu. Tapi yang ni yang lain.. pad / pantyliner ni dah diupgrade untuk keselesaan dan kesesuaian wanta zaman sekarang yang lebih sibuk dari orang zaman dahulu kala konon-kononnya.. hehe.. ok.. jom tengok ape kelebihan & keistimewaan pad / pantyliner kain zaman skrg ni..

1. Sudah tentu kebaikan pad dan pantyliner ini tidak jauh bezanya dari
cloth diaper dari segi penjagaan kesihatan, pengawalan pencemaran alam sekitar, keselesaan, kecantikan dan penjimatan kos yang amat ketara.

2. Perbezaannya ialah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai
cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.

3. Disebabkan pad/pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang berupaya menyerap dengan baik dan microfleece pula adalah fabrik yang "stain-resistant" jadi darah yang melekat sangat mudah ditanggalkan. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi dengan waterproof fabric (PUL dan fleece) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan sebarang kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.

4. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar ke cloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable pad yang berkualiti rendah!

5. Dengan adanya
cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.

6. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya.

7. Cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!!


CARA PENJAGAAN PAD/PANTYLINER KAIN

1. Basuh dahulu pad/pantyliner yang baru sebelum digunakan. Boleh dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh.

2. Letakkan bahagian wings mengelilingi bahagian bawah seluar dalam anda.
Bagi pad, pastikan flannel/ microfleece ( permukaan atas yang ditunjukkan dalam blog ini) adalah bahagian atas yang menyentuh kulit (vagina) anda dan fabrik fleece adalah bahagian bawah yang menyentuh seluar dalam anda. Fleece adalah sejenis fabrik yang agak 'berbulu' dan tidak licin jadi pad akan terletak kemas pada tempatnya dan tidak mudah bergerak-gerak. Pasangkan snaps (butang) yang terdapat pada bahagian wings pad tersebut.

3. Jangkamasa pemakaian pad adalah bergantung kepada individu, sama ada mengeluarkan darah haid yang banyak atau tidak. (Kebiasaannya, medium /regular pad boleh dipakai sehingga 4 jam) Pad yang telah digunakan seelok-eloknya dibilas sebelum disimpan ke dalam wet bag sekiranya anda bekerja. Pastikan diperah dengan baik sehingga tiada air yang meleleh. Anda boleh juga melipat dan menyimpan terus pad yang telah anda gunakan ke dalam wet bag dan membasuhnya kemudian. Jangan risau kerana pad yang disimpan di dalam wet bag tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau
disposable pad yang telah digunakan.

4. Pad boleh dibilas dan direndam dahulu ( antara 2 minit sehingga 24 jam) sebelum dimasukkan kedalam mesin untuk dibasuh dan ia boleh dibasuh bersama-sama kain lain. Sekiranya ada darah yang "degil", anda boleh campurkan sedikit garam ke dalam air rendaman supaya bekas darah (
stain) mudah tanggal. Microfleece yang terdapat pada heavy/overnight pad pula adalah material yang stain resistant, jadi darah tidak akan melekat pada permukaannya dan sangat mudah dibasuh. Jangan sental pad dengan kuat menggunakan berus untuk mengelakkan fabrik dari mudah rosak. Anda boleh juga membasuh pad anda dengan tangan sewaktu anda mandi, jadi ia hanya mengambil sedikit sahaja dari masa anda.

5. Seperti
cloth diaper, jangan campurkan softener atau clorox semasa membasuh supaya pad dapat menyerap dengan baik dan tidak mudah rosak. Purata jangka hayat pad adalah sehingga 5 tahun sekiranya dijaga dengan baik.

6. Selain digunakan sewaktu datang haid, pantyliner/pad juga sesuai digunakan oleh gadis-gadis remaja yang ingin tampil bersih atau bagi orang-orang tua yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing.

3 comments:

  1. saya berminat utk membeli pantyliner,tetapi taknak yg ada wing boleh ke?

    ReplyDelete
  2. cloth pada berapa ringgit paling murah?

    ReplyDelete
  3. cloth pada berapa ringgit paling murah?

    ReplyDelete